‘Bapa ekspres’ anak Korea Utara

Seoul: Tanpa pertalian darah, seorang lelaki Korea Selatan menggalas tanggungjawab berat menjaga kebajikan 10 kanak-kanak dan remaja yang melarikan diri dari Korea Utara.

Ibu bapa kumpulan pelarian muda itu terpaksa merelakan pemergian anak mereka ke republik itu demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik berbanding menetap di negara asal.

Menurut Kim Tae-hoon, 45, dia mula menjaga golongan berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Mereka kini berusia 10 hingga 22 tahun dan dianggap seperti darah dagingnya sendiri.

“Ada yang saya bela sejak 2012 kerana diminta menjaga kanak-kanak itu sementara, tetapi sampai kini tidak ada yang muncul mengambil mereka.

“Bilangan keluarga ini semakin ramai, saya mendaftarkan Group Home di Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan.