Bas ‘terjun’ jejambat, 16 maut

Rio de Janeiro: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh semalam, selepas sebuah bas terjatuh dari jejambat dari ketinggian 20 meter.

Pegawai berkata, brek bas berkenaan gagal berfungsi sebelum terhumban di atas landasan kereta api di bawah jejambat dan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang.

Sementara itu, 27 orang lagi dilaporkan cedera akibat kemalangan yang berlaku di bandar Joao Monlevade di negeri tenggara Minas Gerais itu.

Gambar yang dikeluarkan anggota bomba menunjukkan keadaan bas yang hancur.

Kata pegawai, pemandu bas itu gagal kenderaannya selepas brek tidak berfungsi.

Jabatan Bomba berkata, enam orang termasuk pemandu bas berjaya keluar dari bas sebelum kenderaan itu jatuh ke bawah.