Bayi itu tak bersalah!

Jakarta: Akibat kesempitan hidup, seorang wanita di Nusa Tenggara Timur tergamak menikam bayinya yang baru berusia tiga bulan dengan pisau hingga mati.

Portal Kompas melaporkan, mangsa dibunuh ketika sedang tidur.

Ketika kejadian, bapanya asyik bermain daun terup.

Jurucakap Polis Ende, Laurensius berkata, sejurus menyedari kejadian, bapanya membawa mangsa untuk

mendapatkan rawatan.

Namun, mangsa tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah.

Dia akhirnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital

“Ketika mangsa nyenyak tidur, suspek mengambil pisau dari dapur kemudian menikam anaknya itu.

“Siasatan awal mendapati tindakan itu berpunca kerana suspek mengalami tekanan perasaan berikutan masalah ekonomi keluarga.

“Tekanan perasaan dialami suspek itu juga ada kaitannya dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu ojek,” katanya.

Menurut Laurensius, suspek sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis Ende untuk siasatan lanjut.