Berjudi guna duit bantuan Covid-19

LOS ANGELES: Seorang lelaki California ditahan tanpa ikat jamin pada Khamis selepas menipu permohonan bantuan pinjaman Covid-19 berjumlah AS$9 juta (kira-kira RM38.4 juta) sebelum menggunakan sebahagian wang itu untuk berjudi di Vegas.

Andrew Marnell, 40, yang menetap di Beverly Grove didakwa menipu permohonan dalam dana Program Perlindungan Pendapatan (PPP) untuk mereka yang terjejas pandemik itu.

Pendakwa raya berkata, lelaki itu menggunakan sebahagian wang bantuan itu untuk pertaruhan stok pasaran berisiko dan mensia-siakan ratusan ribu wang itu di Bellagio Hotel and Casino serta beberapa pusat perjudian di Las Vegas baru-baru ini.

Pinjaman AS$2.2 (RM9.39 trilion) berkenaan tertakluk di bawah akta CARES bagi membantu jutaan rakyat Amerika yang ekonominya terjejas akibat pandemik itu.

Pihak berkuasa mengesahkan, Marnell yang hukumannya bakal diputuskan di mahkamah pada Selasa ini berdepan tuduhan penjara 30 tahun atas penipuan bank.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19