BioNTech dan Pfizer jangka vaksin Covid-19 mula diberi bulan ini

Frankfurt: BioNTech dan rakan kerjasamanya dari Amerika Syarikat (AS), Pfizer sudah membuat permohonan untuk kelulusan pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) bagi vaksin Covid-19 yang dibangunkan.

Ia memberi gambaran bahawa suntikan pertama vaksin berkenaan dapat dilaksanakan pada bulan ini.

Kedua-dua syarikat dalam kenyataan berkata, ia telah menyerahkan permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah semalam bagi tujuan ‘kebenaran pemasaran bersyarat’ untuk vaksin itu, selepas ujian klinikal menunjukkan tahap keberkesanan sehingga 95 peratus.

Jika diluluskan, suntikan itu dijangka dapat diberikan di Eropah sebelum penghujung tahun 2020, kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19