Bom meletup di Kabul

Kabul: Satu letupan bom berlaku di Kabul, Afghanistan pada Rabu pagi, menyebabkan kepulan asap tebal dan panik, kata seorang saksi.

“Kami terdengar bunyi letupan kuat di kawasan Taimani. Seluruh tempat itu sekarang ditutup,” kata seorang saksi kejadian kepada Xinhua.

Pasukan keselamatan sudah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga sejurus selepas letupan berlaku 7.30 pagi waktu tempatan.

“Ia mungkin letupan bom kereta memandangkan konvoi pegawai tinggi melalui kawasan itu, ,” kata saksi berkenaan.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.