Boris Johnson kembali bertugas

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan kembali bertugas pada Isnin ketika United Kingdom berdepan situasi genting kematian akibat wabak Covid-19 mencecah 20,000 orang.

The Press Association berkata, Johnson yang baru sembuh daripada wabak itu akan kembali ke pejabatnya di Downing Street pada Isnin (esok).

Sumber Number 10 yang dipetik Sky News berkata, Perdana Menteri berusia 55 tahun itu seolah-olah ‘berani’.

Johnson dilaporkan keluar hospital 12 April lalu selepas tiga hari menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Kepulangannya itu getir di saat tekanan sedang berlaku dalam pemerintahannya yang berdepan cabaran menangani krisis kesihatan itu.

Setakat ini, angka kematian sudah mencecah 20,319 mangsa.