Bot, kapal kargo bertembung

Manila: Seramai 14 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot nelayan tempatan bertembung dengan sebuah kapal kargo.

Kejadian di perairan dekat wilayah Occidental Mindoro di barat daya Manila.

Bot nelayan itu, Liberty 5, karam, selepas pelanggaran.

Kapten kapal kargo Vienna Wood yang berdaftar di Hong Kong itu menghubungi talian kecemasan, beberapa jam selepas kejadian.

Kapal berkenaan kemudian diiringi oleh Pengawal Pantai Filipina untuk ke kawasan jeti berhampiran.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menggerakkan usaha mencari dan menyelamat bagi mencari 12 kru tempatan dan dua penumpang.