Budak TikTok ‘lipat’ Trump

Washington: Pengguna aplikasi Tik Tok dan peminat K-pop berperanan untuk memastikan perhimpunan politik pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Tulsa, Oklahama tidak berjaya.

Ini menyebabkan tempat duduk di BOK Centre, arena tertutup di mana acara itu berlangsung menjadi lengang tanpa kehadiran orang ramai.

Pengguna media sosial daripada pelbagai platform termasuk TikTok menerusi status dan video pada Sabtu lalu mendakwa mereka sudah mendaftar kehadiran namun tidak menghadiri perhimpunan itu.

Pengurus kempen Trump, Brad Parscale berkata, terdapat sejuta permintaan sejuta untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

Berdasarkan laporan Aljazeera.com, sebanyak 19,000 tempat duduk di venue berkenaan kosong.

Kebanyakan pengguna TikTok dikatakan mendaftar untuk menghadiri acara berkenaan.

Ada yang dikatakan menempah sehingga 100 tiket.

Penganjur pula hanya menggunakan nombor pendaftaran telefon bimbit sebagai tanda seseorang akan hadir dan tidak mengeluarkan tiket yang dicetak.

Dalam pada itu, pasukan kempen Trump menyalahkan protes di luar dewan menghalang penyokong untuk masuk ke lokasi perhimpunan sehingga menyebabkan banyak tempat duduk kosong.

Pengurus Kempen Kanan Trump, Schlapp memaklumkan Fox News pada Ahad bahawa hadirin tidak dapat masuk ke Pusat BOK.

“Ini adalah faktor yang mempengaruhi kehadiran apabila penunjuk perasaan menghalang hadirin untuk masuk,” katanya.