Budak toreh leher sepupu

New Delhi: Seorang budak lelaki di Uttar Pradesh, India, cedera selepas ditoreh dengan pisau oleh sepupunya ketika mereka bermain bersama-sama, Ahad lalu.

Gulf News memetik sumber media tempatan melaporkan, insiden itu berlaku Ahad lalu sewaktu mereka berdua bermain di luar rumah mereka di Nawabganj, Bareilly.

Akibat perbuatan sepupu berusia berusia tujuh tahun itu, leher kanak-kanak itu luka sebelum dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia empat tahun itu terselamat selepas dikejarkan ke klinik berhampiran.

Dia kemudian di ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian, sepupu mangsa berang selepas mereka berbalah ketika bermain bersama-sama.

Dia kemudian masuk ke dalam rumah sebelum keluar dengan memegang pisau dan menoreh leher mangsa.

Ibu mangsa membuat laporan terhadap kakaknya berikutan insiden itu dengan mendakwa wanita berkenaan yang memberi arahan untuk mencederakan anaknya.

Dia bagaimanapun dilaporkan menarik semula laporan berkenaan selepas itu,

Dalam pada itu, insiden berkenaan turut mendapat perhatian warganet yang memberi pelbagai maklum balas selepas kisah itu tular di laman sosial.

“Sukar untuk percaya seperti ini dan ia membuatkan saya kecewa. Di mana hilangnya rasa perikemanusiaan kanak-kanak itu?” tulisnya di ruangan komen Facebook.