Buka pintu, terus tikam

Oslo: Polis Saprpsborg di utara Norway menahan seorang lelaki selepas menikam tiga wanita di beberapa lokasi berasingan, pada malam Selasa.

lnsiden itu menyebabkan salah seorang mangsa parah.

Susulan kejadian, sepasukan anggota polis bersenjata dikerahkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 70 Kilometer (km) di selatan ibu kota Norway.

Berikutan insiden itu, orang ramai diminta untuk tinggal di dalam rumah selepas tersiarnya laporan pertama mengenai serangan berkenaan.

Menurut polis, motif serangan berkenaan masih tidak diketahui.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan suami mangsa mengakui suspek ada datang rumahnya.

“Kami sedang menonton televisyen kemudian terdengar pintu diketuk dengan kuat.

“Sebaik saya membuka pintu suspek cuma menikam saya tetapi saya sempat mengelak.

“Selepas itu, suspek masuk ke dalam rumah dan mencederakan pergelangan lengan isteri saya,” katanya.