Bunuh, kerat teman wanita

Chicago: Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menempuh perjalanan lima jam dengan menaiki bas sambil membawa beg pakaian yang berisi anggota badan teman wanita yang dibunuhnya.

CBS Chicago melaporkan, lelaki itu didakwa membawa beg berisi anggota badan wanita itu dengan menaiki bas dari Kentucky ke rumah keluarganya di selatan Markham, Illinois.

Ketua Polis Markham, Terry White mengesahkan, suspek, Melvin Martin Jr,30, dipercayai membunuh teman wanitanya itu sebelum mengerat mayat mangsa.

Lelaki itu kemudian dipercayai mengasingkan bahagian badan wanita itu di dalam beg.

Bagaimanapun, ahli keluarga tidak mengesyaki apa-apa ketika lelaki itu tiba di Markham.

Hanya selepas beberapa hari selepas itu, mereka ada terhidu bau busuk.

“Keluarganya tidak menyedari isi kandungan dalam beg itu. Tetapi mereka pelik apabila Martin tidak membuka beg selama lima hari, tetapi tetap mahu melindunginya,” katanya.

Dalam pada itu, polis percaya mangsa dibunuh sekurang-kurangnya 30 hari lalu.

Beberapa anggota badan wanita itu berada di Illinois, manakala sebahagiannya ditemui di Kentucky selepas suspek memberitahu lokasinya.

Polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut.