China haramkan kemasukan individu dari Perancis

Beijing: China mengharamkan kemasukan individu dari Perancis dan beberapa negara lain sebagai langkah terbaharu bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Virus itu mula dikesan di negara itu pada akhir tahun lalu, tetapi penularan berjaya dikawal selepas pihak berkuasa menguatkuasakan kawalan pergerakan dan saringan kesihatan yang ketat di sempadan.

Pada Mac, negara itu menutup sempadannya kepada semua warga asing, tetapi perintah berkenaan dilonggarkan secara berperingkat-peringkat beberapa bulan selepas itu.

Bagaimanapun, kedutaan China di beberapa negara termasuk Britain, Belgium, India dan Filipina kini memutuskan untuk tidak membenarkan secara sementara kemasukan warga bukan China.

Perancis turut dimasukkan ke dalam senarai berkenaan baru-baru ini.

Selain itu, arahan sama turut dikeluarkan oleh kedutaan China di Rusia, Itali dan Habsyah.

Beijing pada Rabu mempertahankan langkah terbaharu itu dengan menyatakan bahawa ia adalah ‘munasabah dan adil’ serta mengikuti amalan oleh kebanyakan negara lain.

Dalam pada itu, di Perancis berharap sekatan pergerakan (lockdown) yang masih berkuat kuasa akan membantu mengurangkan jumlah kes jangkitan di negara itu yang mana kes harian mencecah 40,000 pada minggu lalu.

Itali pula menguatkuasakan sekatan pergerakan di empat wilayah .

Rusia pula sudah merekodkan hampir 1.7 juta kes jangkitan dan lebih 29,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19