Covid-19: Angka korban Mexico atasi Itali
Mexico City: Mexico menjadi negara keempat dengan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19.
Berdasarkan angka terbaharu, kes kematian akibat virus itu di negara terbabit kini mengatasi Itali.
“Ada 299,750 kes positif Covid-19 dengan 35,006 kematian di Mexico,” kata kenyataan rasmi pihak berkuasa negara itu yang disiarkan menerusi akaun Twitter Perdana Menteri.
Sebagai perbandingan, Itali, setakat ini, merekodkan 34,954 kematian akibat Covid-19.