Covid-19: Angka maut di AS lepasi 160,000

Washington: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi 160,000 orang.

Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan bahawa jumlah kematian yang tepat adalah 160,090, pada Jumaat.

AS mengesahkan 4,881,974 kes Covid-19, dengan 1,598,624 orang sudah pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu, iaitu dari segi jumlah kes dan jumlah kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19