Covid 19: AS catat 99,000 kes baharu

Washington: Amerika Syarikat (AS) mencatat lebih 90,000 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menurut kiraan yang dibuat oleh Universiti Johns Hopkins.

Negara itu mencatat 99,660 kes baharu antara 8.30 malam (Selasa) hingga 8.30 malam (Rabu) serta 1,112 kematian di saat rakyatnya keluar untuk mengundi bagi memilih presiden dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat.

Lebih 9.4 juta orang dijangkiti wabak itu manakala 233,000 kematian dicatatkan di Amerika Syarikat sepanjang pandemik itu dan ia antara terburuk di dunia.

Jumlah kes dilihat meningkat sejak pertengahan Oktober lalu.

Pegawai kesihatan di beberapa negeri sudah memberikan amaran mengenai kemampuan mereka menangani kemasukan ke hospital kerana penyakit selsema pada musim sejuk akan naik.

Pandemik ini juga telah melanda ekonomi AS, memicu penguncupan bersejarah dalam pertumbuhan dan puluhan juta kehilangan pekerjaan.

Ia juga memberi kesan kepada pilihan raya AS, dengan lebih dari 100 juta pemilih mengundi secara pos atau secara langsung.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19