Covid-19: AS lulus guna remdesivir

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan penggunaan ubat remdesivir untuk kegunaan kecemasan bagi pesakit Covid-19.

Ia diumumkan oleh Presiden Donald Trump, pada Jumaat.

Kelulusan itu selepas ujian klinikal menunjukkan ubat itu membantu mempercepat proses penyembuhan pesakit.

Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit negara itu mengumumkan keputusan ujian klinikal terhadap 1,000 pesakit menunjukkan pemulihan ketara bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.

Selain itu, pesakit yang menggunakan ubat itu juga dikatakan 31 peratus lebih cepat sembuh.

Remdesivir sebenarnya dicipta sebagai ubat untuk merawat virus Ebola, namun ia tidak menunjukkan peningkatan kadar survival seperti ubat lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19