Covid-19: Brazil kini kelima tertinggi

Rio De Janeiro: Brazil mencatatkan korban Covid-19 kelima tertinggi di dunia, selepas lebih 1,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 27,878.

Kementerian Kesihatan berkata 1,124 kematian dilaporkan dalam tempoh itu, kini Brazil mengatasi Sepanyol dan berada di belakang Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali serta Perancis, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh itu juga Brazil mencatatkan rekod kes jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 26,928 menjadikan jumlah keseluruhan 465,166.

Sao Paulo, paling teruk terjejas dengan 7,275 kematian dan 101,556 kes diikuti Rio de Janeiro serta Ceara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19