Covid-19: Cara dunia sambut Aidilfitri

Riyadh: Sambutan Aidilfitri tetap diraikan umat Islam di seluruh dunia walaupun dalam suasana berbeza berbanding tahun sebelumnya .

Ia berikutan perintah berkurung dan kawalan pergerakan dilaksanakan di kebanyakan negara disebabkan pandemik Covid-19.

IMAM Masjid Lekamb, Sydney, Sheikh Yahya Safi, membaca khutbah yang disiarkan secara langsung di Facebook. FOTO AFP
IMAM Masjid Lekamb, Sydney, Sheikh Yahya Safi, membaca khutbah yang disiarkan secara langsung di Facebook. FOTO AFP

Arab Saudi, Mesir, Turki dan Syria antara negara yang melarang solat sunat Aidilfitri berjemaah bagi membendung penularan wabak.

Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung 24 selama lima hari bermula semalam selepas merekodkan 68,000 kes jangkitan sejak awal Ramadan.

Di Lubnan, pihak berkuasa keagamaan memaklumkan pembukaan semula masjid hanya untuk tujuan menunaikan solat Jumaat.

Jemaah dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu dan kawalan sanitasi sebelum dibenarkan masuk.

Di Indonesia pula, segelintir penduduk ingkar larangan mudik atau pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Ada yang sanggup membawa dokumen palsu ketika cuba melakukan pergerakan keluar dari bandar ke kampung.

Dalam pada itu, lebih 3,500 warga Tunisia yang pulang ke tanah air daripada bercuti dikehendaki menjalani kuarantin selama dua minggu sekali gus berpisah dengan keluarga mereka ketika Aidilfitri.

JEMAAH mengamalkan penjarakan sosial ketika solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Eidgah Sharif Darbar in Rawalpindi, Pakistan. FOTO AFP
JEMAAH mengamalkan penjarakan sosial ketika solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Eidgah Sharif Darbar in Rawalpindi, Pakistan. FOTO AFP

Iran yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 meminta rakyatnya untuk tidak melakukan perjalanan pada musim Aidilfitri bagi mengawal kadar jangkitan.

Ketika ini, angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara Timur Tengah dan Asia dilaporkan lebih rendah berbanding Eropah serta Amerika Syarikat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19