Covid-19: China cipta ubat pula

Beijing: Sebuah makmal di China kini giat menghasilkan ubat yang mampu merawat Covid-19.

Penularan wabak yang bermula di China hujung tahun lalu itu menyebabkan banyak negara kini berlumba untuk menghasilkan vaksin dan mencari kaedah rawatan sesuai.

Ubat dari makmal itu kini sedang diuji saintis di Universiti Peking bukan saja mampu memberi kesan singkat jika dijangkiti, malah turut menawarkan melemahkan imuniti virus berkenaan, kata penyelidik.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan Genomic Beijing, Sunney Xie berkata, ubat berkenaan sudah berjaya diuji pada haiwan.

“Apabila suntikan diberikan ia mampu meneuteralkan jangkitan kepada tikus makmal dan dalam tempoh lima hari virus itu berkurangan dengan faktor 2,500,” katanya.

Ubat itu berfungsi meneutralkan daya tahan tubuh yang dapat menghalang jangkitan virus dalam sistem imunisasi.

Kajian daripada pasukan penyelidik yang disiarkan pada Ahad dalam satu jurnal mencadangkan agar daya tahan tubuh digunakan yang mampu merawat jangkitan selain mempercepatkan tempoh pemulihan.

Xie berkata, pasukannya bekerja ‘siang dan malam’ untuk mencari penawar berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19