Covid-19: India rekod kes tertinggi dunia dalam 24 jam

NEW DELHI: India mencatatkan 78,761 kes baharu Covid-19 pada Ahad, sekali gus menjadi kes tertinggi dalam tempoh sehari di dunia.

Sebelum ini, kes tertinggi dalam tempoh sehari direkodkan Amerika Syarikat (AS) dengan 77,638 kes pada 17 Julai.

India dengan populasi 1.3 bilion adalah negara ketiga paling terjejas akibat Covid-19, di belakang AS dan Brazil.

Setakat ini, ia merekodkan 3.5 juta kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19