Covid 19: Indonesia catat 3,128 kes baharu

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,128 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu berjumlah 190,665 kes setakat ini.

Berdasarkan data laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berhubung Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 86,778 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 108 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 di Indonesia kini 7,940 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu pada 45,157 kes, dengan tambahan 877 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,515 orang, diikuti Jakarta (1,265), Jawa Tengah (1,076), Sulawesi Selatan (370) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19