Covid-19: Kes di Jepun sekali lagi lepasi 2,500

Tokyo: Kes harian Covid-19 di Jepun meningkat kepada 2,508, pada Ahad.

Ia adalah kali kedua jumlah kes baharu di negara itu melebihi 2,500.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Yoshihide Suga mempertimbang untuk memperkenal langkah kawalan berhubung penganjuran acara sukan dan program berskala besar lain.

Ia bagi menangani lonjakan kes berkenaan, lapor Al-Jazeera.

Dalam pada itu, Kyodo News melaporkan bahawa kerajaan akan menghentikan kempen promosi pelancongan domestik di kawasan yang merekodkan kes yang tinggi.

Selain itu, pihak berkuasa akan menghentikan kempen menggalakkan penduduknya untuk makan di restoran.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan kempen khas yang memberikan insentif kepada penduduknya melancong dalam negara dan makan di restoran bagi merangsang pemulihan ekonomi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19