Covid-19: Kes global lepasi 38 juta

New York: Kes Covid-19 global sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan.

Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia.

India di tempat kedua dalam jumlah kes dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408 kes

Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.

Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico.

Sementara itu, negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19