Covid-19: Kes global lepasi 40 juta

Paris : Bilangan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi 40 juta.

Sebanyak 1,113,896 kematian akibat Covid-19 direkodkan di sehingga kini.

Tiga negara yang merekodkan jumlah kes tertinggi adalah Amerika Syarikat (8,154,935 kes jangkitan ) diikuti India (7,550,273 kes) dan Brazil (5,235,344 kes).

Lebih 2.5 juta kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari ini menjadikannya jumlah tertinggi pernah direkodkan sejak tercetusnya pandemik di China, akhir tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19