Covid-19: Kes harian global tertinggi pada Sabtu

Geneva: Kes Covid-19 di seluruh dunia merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada Sabtu iaitu 660,905.

Ia sekali gus mengatasi 645,410 kes yang dilaporkan pada Jumaat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Sabtu juga, jumlah kes di negara Amerika merekodkan kes harian tertinggi dengan 269,225.

Setakat ini, WHO melaporkan setakat ini, 53.7 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 1.3 juta kematian.

Dalam pada itu, angka kematian di peringkat global merekodkan jumlah lebih 9,500 selama tiga hari berturut-turut pada Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat memberi amaran bahawa ‘perjalanan masih jauh’ untuk menjadikan jangkitan Covid-19 global berada di bawah kawalan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa virus itu masih boleh dikawal meskipun tanpa penggunaan vaksin yang berjaya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19