Covid-19: Lebih 1.9 juta kes dilaporkan

Ankara: Kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia melebihi 1.9 juta pada Isnin, lapor Bernama.

Angka berkenaan direkodkan agensi Anadolu berdasarkan data dikeluarkan Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Data Johns Hopkins University menunjukkan angka keseluruhan kematian dunia mencecah 118,459 orang.

Angka pesakit sembuh adalah 446,002.

AS kekal menjadi negara dengan jumlah kes dan kematian tertinggi iaitu 572,000 kes dengan 23,000 mangsa maut.

Itali menjadi negara kedua dengan jumlah kematian iaitu 20,465 orang.

Covid-19 kini sudah menular ke 185 negara dan wilayah sejak dilaporkan di China pada Disember tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19