Covid-19: Lebih 100, 000 orang maut di Eropah

Washington: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Eropah melebihi 100,000 orang, atau hampir dua pertiga daripada angka korban wabak itu seluruh dunia.

Dengan 100,501 kematian daripada 1,136,672 kes jangkitan, Eropah menjadi benua yang paling terjejas akibat pandemik berkenaan.

Setakat Sabtu, Covid-19 sudah menyebabkan 157,163 kematian di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) terus menjadi negara paling terjejas akibat Covid-19 dengan mencatatkan 738,830 kes dengan 39,014 kematian.

Ia berdasarkan data dikeluarkan Universiti John Hopkins.

Bagaimanapun, ratusan rakyat itu yang tidak bersetuju dengan perintah kawalan dikuatkuasakan kerajaan mengadakan protes supaya perintah berkurung di negara ditamatkan segera.

Tunjuk perasaan dilakukan di ibu kota beberapa negeri termasuk Texas, Maryland, New Hampshire dan Ohio menarik ratusan orang, dengan kebanyakan daripada mereka mengibarkan bendera AS.

Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pada Sabtu mengumumkan negara itu melanjutkan perintah berkurung selama dua minggu sehingga 9 Mei ini selepas jumlah kematian di negara itu melepasi 20,000 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19