Covid-19: Lebih 4 juta positif di India

New Delhi: India menjadi negara ketiga melepasi angka 4 juta penduduk yang dijangkiti virus pandemik Covid-19.

India mencatat 86,432 kes baharu pada Sabtu dan menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 4,023,179, ketiga di belakang Amerika Syarikat (6.3 juta) dan Brazil (4.1 juta)

Dalam usaha memulihkan ekonomi, pemerintahnya mengurangkan sekatan namun ia menjadikan jumlah jangkitan harian di India melebihi 80,000 sehari dengan jumlah kematian harian juga melebihi 1,000.

Jumlah jangkitan naik dengan cepat daripada tiga juta ke empat juta dalam tempoh 13 hari, lebih pantas dari Amerika Syarikat dan Brazil.

Pandemik itu kini merebak ke kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang baik dan turut ke bandar besar seperti Delhi dan Mumbai.

Maharashtra yang terletak di wilayah barat semenanjung India menjadi pusat krisis sejak perintah penutupan dibuat pada Mac lalu.

Profesor ekonomi dan bekas penasihat kerajaan, Shamika Ravi berkata Covid-19 di India tidak akan berjaya dikawal jika jangkitan di Maharashtra tidak ditangani dengan betul.

Menurutnya, wilayah itu akan terus menjadi penyebar Covid-19 ke tempat lain di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19