Covid-19: Lebih 700,000 kes di AS

WASHINGTON: Kes koronavirus baharu (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000, semalam.

Jumlah kes itu selari dengan ramalan daripada Johns Hopkins University.

AS merekodkan 700,282 kes dengan 36,773 kematian, setakat 8.30 malam tadi (waktu tempatan).

Ia menjadi negara dengan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19.

Ini diikuti Itali (22,745 kematian), Sepanyol (19,478 kematian) diikuti oleh Perancis (18,681 kematian).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19