Covid-19 merebak ke Falkland Island

London: Falkland Islands mengesahkan kes Covid-19 yang pertama.

Pesakit disahkan positif selepas menjalani saringan pada 31 Mac lalu ekoran mengalami simptom.

Pesakit kini menjalani pengasingan dan berada dalam keadaan stabil.

Pulau terpencil di bawah jajahan British di selatan Laut Atlantik dengan 3,400 penduduk itu, antara beberapa tempat di dunia yang sebelum ini tidak mempunyai kes Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan Falklands berkata, sampel pesakit juga sudah dihantar ke United Kingdom untuk diuji.

“Dalam keadaan tertentu, kami sebenarnya bernasib baik kerana masih mempunyai masa merangka pelan untuk menghalang Covid-19 daripada menular,” kata Ketua Pegawai Kesihatan, Dr Rebecca Edwards.

Katanya, pihak kesihatan juga sudah mengenal pasti hospital, kakitangan perubatan dan bekalan ubat.

Beberapa negara lain yang dilaporkan masih belum menerima kes Covid-19 antaranya Samoa, Turkmenistan, Korea Utara kawasan di Antartika.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19