Covid-19: New Zealand tangguh pilihan raya

Wellington: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin menangguhkan pilihan raya di negara itu selama empat minggu susulan penularan Covid-19.

Pada awalnya, pilihan raya ditetapkan pada 17 Oktober tetapi ia ditangguhkan kepada 19 September.

Ia berikutan lockdown terpaksa dikuatkuasakan di bandar terbesar negara itu, Auckland, apabila kes Covid-19 dikesan selepas 102 hari negara itu tidak merekodkan penularan tempatan.

“Keputusan itu akan memberi masa untuk Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengendalikan pilihan raya dan semua parti masa untuk berkempen,” kata Ardern.

Beliau berkata, pihaknya mengambil kira kebimbangan masyarakat susulan penularan virus itu kembali dikesan dengan kes pertama membabitkan empat sekeluarga di Auckland, Selasa lalu.

Menjelang Ahad, kluster di Auckland sudah menular kepada 49 kes.

Populariti Adern melonjak tinggi pada pemilihan kali ini, dengan rekod cemerlangnya ketika mengendalikan sepanjang pandemik Covid-19 dan serangan masjid di Christchurch tahun lalu.

Parti Buruhnya berada di landasan yang betul untuk menang, tanpa rakan gabungan parti kecil – Greens dan New Zealand First (NZF) – yang diperlukannya pada penggal pertama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19