Covid-19: NZ rekod kematian pertama dalam 3 bulan

Wellington: New Zealand (NZ) pada Jumaat merekodkan kematian pertama dalam tempoh tiga bulan.

Ia membabitkan seorang lelaki berusia 50-an yang meninggal dunia di Hospital Middlemore, Auckland.

Individu itu adalah mangsa satu kluster yang menjadi gelombang kedua penularan wabak berkenaan di negara ini.

Kluster berkenaan pada awalnya dikesan pada empat sekeluarga.

Sehingga kini, terdapat 152 orang dijangkiti menerusi kluster berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) di Auckland selama dua minggu setengah susulan penularan gelombang kedua itu.

Menerusi perintah itu, kerajaan turut mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Selain itu, perhimpunan orang awam hanya dibenarkan jika tidak melebihi 10 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19