Covid-19: Penggodam China cuba curi kajian vaksin

Washington: Amerika Syarikat (AS) kini menuduh penggodam dari China cuba mencuri kajian berhubung vaksin Covid-19.

Tuduhan terbaharu itu meningkatkan ketegangan antara kedua pihak susulan tindakan AS sebelum ini yang mendakwa virus itu mungkin berasal dari sebuah makmal di Wuhan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Rabu, memberi amaran bahawa virus berkenaan mungkin ‘tidak akan lenyap’.

Ketika ini, tiada satu pun rawatan terbukti berkesan merawat pesakit Covid-19.

Justeru, pembangunan vaksin dapat memberi harapan untuk negara terjejas untuk membuka ekonomi dan mengaut keuntungan daripadanya.

Dua agensi keselamatan AS melaporkan, ia dikatakan menjadi penyebab penggodam dari China cuba mencuri kajian dan hak cipta berhubung pembangunan vaksin virus itu.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19