Covid-19: Perintah lockdown di Manila
Manila: Perintah lockdown akan dikuatkuasakan semula di Manila susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Perintah itu dijangka bermula mulai Rabu atau Khamis ini.
Filipina kini merekodkan kes jangkitan tertinggi virus itu di Asia Tenggara, dengan lebih 57,000 kes dan 1,599 kematian.
Ia di belakang Indonesia dengan lebih 75,000 kes positif Covid-19.