Covid-19: Puteri Sepanyol kena kuarantin

Madrid: Pewaris takhta Sepanyol terpaksa menjalani kuarantin selepas seorang rakan sekelasnya disahkan positif Covid-19.

People melaporkan sumber rasmi istana menyatakan bahawa Puteri Leonor, 14, kini menjalani pengasingan.

Selain itu, semua rakan sekelasnya di sekolah Santa María de los Rosales turut diarahkan menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, Raja Sepanyol Felipe VI dan Permaisuri Letizia masih meneruskan tugas rasmi mereka.

Minggu lalu, lapan juga murid dan pelajar sekolah di Sepanyol kembali bersekolah.

Bagaimanapun, ada sekolah yang kemudian terpaksa ditutup selepas ada murid yang disahkan positif Covid-19.

Pada Jumaat, Sepanyol merekodkan 4,708 kes baharu virus itu yang menjadikan keseluruhan 566,326 kes.

Sebanyak 29,747 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19