Covid-19: Seoul bimbang kes meningkat

Seoul: Kes harian Covid-19 di Korea Selatan meningkat kepada tiga digit sejak seminggu berturut-turut menyaksikan jangkitan dalam kalangan kluster gereja di bandar raya ini semakin merebak.

Ia mencatatkan pertambahan 297 lagi kes termasuk 283 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 16,058.

Agensi berita Yonhap memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata, setiap hari kes berada pada angka tiga digit sejak seminggu lalu dengan lebih 1,200 kes baharu dikenal pasti.

“Jumlah jangkitan pada Rabu adalah yang tertinggi sejak 8 Mac iaitu 367 kes.

“Justeru itu, garis panduan penjarakan sosial diperketatkan pada tengah malam untuk memutuskan rantaian penularan virus.

“Pihak berkuasa kesihatan berkata situasi semasa adalah membimbangkan kerana kebanyakan kes membabitkan jangkitan tempatan dan tertumpu di bandar raya itu dan kawasan berdekatan yang dihuni separuh daripada 50 juta penduduk Korea Selatan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19