Covid-19: UK catat 10,000 kes harian

London: United Kingdom (UK) mencatatkan lebih 10,000 kes harian buat pertama kalinya sejak ujian saringan berskala besar dilaksanakan.

Sebanyak 12,872 kes manakala 49 maut akibat Covid-19 dalam tempoh 28 hari mereka didapati positif virus itu.

Bagaimanapun, kerajaan berkata terdapat isu teknikal menyebabkan jumlah kes tidak dapat direkodkan dan ia dimasukkan ke dalam data untuk kes harian pada hari Sabtu.

Ia berikutan data sebelum ini menunjukkan peningkatan jangkitan secara perlahan berbanding minggu sebelumnya.

Jumlah harian sebelum ini menyaksikan kenaikan ketara daripada 4,044 kes pada Isnin lalu ke tahap tertinggi pada 7,143 keesokan harinya.

Namun, empat hari berikutnya ia stabil iaitu antara 6,914 kes dan 7,108 kes.

Pada Sabtu ia menyaksikan jumlah yang besar dan pengumumannya juga dibuat lewat lima jam dari kebiasaan serta dengan penerangan oleh kerajaan.

Jumlah kes pada Sabtu mungkin dipengaruhi oleh jumlas kes yang disaring pada hari sebelumnya iaitu sebanyak 264,979 kes.

Kini jumlah penduduk UK yang dijangkiti Covid-19 adalah sebanyak 480,017.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19