Covid-19 virus semula jadi – WHO

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa Covid-19 adalah virus semula jadi.

Ia susulan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa virus itu berasal dari makmal di China.

Trump sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa Institut Virologi Wuhan adalah punca penyebaran Covid-19.

Ketua Kecemasan WHO Michael Ryan berkata, pihaknya sudah beberepa merujuk kepada saintis yang memeriksa rantaian virus berkenaan.

“Kita yakin ia adalah virus semula jadi,” katanya dalam sidang media dalam talian.

Ryan berkata, WHO mahu untuk menyertai siasatan China dalam mengesan punca pandemik yang sudah mengorbankan 230,000 itu.

“Apa yang penting adalah untuk mengesan hos semula jadi virus itu dan cara ia merebak dari haiwan kepada manusia,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19