Cucu Lee Kuan Yew dihukum denda
Singapura: Cucu lelaki kepada pengasas Singapura, Lee Kuan Yew didenda 15,000 Dolar Singapura (kira-kira RM46,325) selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik badan kehakiman negara itu menerusi Facebook (FB) pada 2017.
Hakim Kannan Ramesh turut mengarahkan tertuduh, Li Shengwu yang juga ahli akademik di Universiti Harvard di Amerika Syarkat itu dipenjara seminggu, jika gagal membayar denda.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu yang juga anak saudara Perdana Menteri, Lee Hsien Loong didakwa berbuat demikian menerusi satu hantaran di laman sosial berkenaan.
Shengwu adalah anak sulung kepada eksekutif perniagaan, Lee Hsien Yang.
Hsien Yang tidak sependapat dengan abangnya, Hsien Loong berhubung harta peninggalan bapa mereka.