Datuk Bandar Seoul ditemui mati

Seoul: Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon ditemui meninggal dunia hari ini selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Mayat Won-soon, 64, ditemui di kawasan Gunung Bukak, berhampiran dengan kediaman rasminya, pada tengah malam.

Agensi berita Yonhap melaporkan lelaki itu dipercayai membunuh diri.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kematian mangsa.

Park, 64, sebelum ini berdepan dengan siasatan dakwaan gangguan seksual terhadap bekas setiausaha wanitanya.

Wanita itu pada Rabu membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Park yang juga ahli Parti Demokratik adalah Datuk Bandar Seoul sejak 2011 dan dianggap sebagai calon berpotensi untuk Pemilihan Presiden 2022.