Deepika Padukone ‘dipanggil’ polis

Mumbai: Polis India memanggil pelakon terkenal Hollywood, Deepika Padukone bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dadah susulan kes kematian pelakon, Sushant Singh Rajput.

Rajput ditemui meninggal dunia di pangsapurinya dipercayai akibat membunuh diri, pada Jun.

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan bekas teman wanitanya, pelakon, Rhea Chakraborty, menyebabkan Rajput membunuh diri dengan mengambil dadah.

Selain itu, ada juga yang mengaitkan pembunuhannya dengan ilmu hitam.

Keluarga Rajput menafikan dakwaan mangsa mengalami tekanan perasaan dan secara terbuka menuduh bahawa Chakraborty, 28, mencuri duit pelakon itu dan mengugutnya.

Chakraborty yang menafikan tuduhan berkenaan ditahan pada awal bulan ini atas dakwaan membeli ganja untuk Rajput.

Dia tidak dibenarkan dibebaskan dengan jaminan.

Kes itu kemudian menjadi besar apabila pihak berkuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa di Bollywood.

Padukone, 34, antara pelakon yang dipanggil polis awal minggu ini termasuk Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor dan Rakul Preet Singh.

Awal minggu ini, saluran televisyen TimesNow menyiarkan sebahagian perbualan WhatsApp yang antara lain mendakwa Padukone dan pengurusnya cuba membeli ganja.