Disangka mayat, rupanya patung seks

Samut Prakan: Seorang lelaki terkejut apabila menemui ‘badan wanita’ di dalam kotak kadbod yang dibuang di tepi jalan, Khamis lalu.

Lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia menemui kotak berukuran 50×100 sentimeter di dalam semak berhampiran terusan pengairan Suvarnabhumi di daerah Bangphli.

Bangkokpost.com melaporkan, dia kemudian membuka kotak terbabit, sebelum ternampak rambut wanita.

Terkejut dengan penemuan itu, lelaki terbabit meninggalkan kotak berkenaan dan membuat panggilan kecemasan kerana menganggap ada mayat dibuang berhampiran rumahnya.

Ketika pasukan penyelamat tiba dan membuka kotak berkenaan, mereka menemui sesuatu yang seakan-akan mayat dibalut kain putih.

Sebaik kain diangkat, kelihatan badan wanita dalam keadaan berbogel dengan muka menghadap ke bawah.

Pemerhatian lebih dekat mendapati, ia adalah patung seks hidup, menyebabkan pasukan penyelamat tertawa terbahak-bahak.

Mereka kemudian menghantar patung itu kepada lelaki berkenaan dan memintanya ‘membuangnya dengan betul’.

Lelaki itu akan menguruskannya, tetapi tidak dinyatakan bagaimana cara untuk membuangnya.