Doktor korban koronavirus

Houston: Seorang doktor muda di Texas, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas dijangkiti Covid-19.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakannya yang memakai pelitup muka sama selama berbulan-bulan.

Portal Independent melaporkan Adeline Fagan, 28, yang berasal dari LaFayette, New York itu menderita dua bulan selepas dijangkiti Covid-19.

Wanita itu dikatakan dijangkiti wabak itu pada Julai lalu ketika merawat pesakit dengan virus berkenaan di Houston Healtchcare West iaitu hospital terbesar di AS.

Menurut adik perempuannya, Maureen, 23, pendarahan otak itu berkait dengan kematiannya namun mereka tidak mengetahui bagaimana Fagan mendapat jangkitan virus itu.

“Fagan sentiasa memakai pelitup muka jenis N95 yang ditulis namanya.

“Dia memakai pelitup muka sama berminggu-minggu dan berbulan-bulan,” katanya kepada The Guardian.

Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pelitup muka jenis N95 boleh digunakan sehingga lima kali penggunaan saja.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19