Dou Dou si anjing setia

Beijing: Seekor anjing di China dilaporkan berjalan sejauh 60 kilometer (km) selama 26 hari ke rumah tuannya secara tidak sengaja ditinggalkan tuannya di hentian rehat lebuh raya.

Menurut media tempatan, anjing berusia tujuh tahun itu diberi nama Dou Dou tertinggal selepas pemiliknya terlupa mengenainya, ketika berhenti di situ untuk berehat.

Pemilik hanya menyedari Dou Dou hilang sebaik tiba di destinasi mereka, beberapa jam kemudian.

Mereka dilaporkan kembali untuk mencari haiwan peliharaan itu pada keesokan harinya, tetapi Dou Dou sudah tiada.

Lebih mengejutkan, selepas hampir sebulan, Dou Dou tiba di rumah tuannya di Hangzhou dalam keadaan kotor dan kurus.

Akhbar tempatan China, Qianjiang Evening News melaporkan, anjing peliharaan mereka hilang ketika pemiliknya dalam perjalanan dari rumah di Hangzhou ke luar bandar bagi mengunjungi saudara.