Dua individu maut, dua parah

Pattani: Dua individu maut, manakala dua lagi parah dalam insiden tembakan di daerah Panare di selatan Thailand.

Mangsa yang maut terdiri daripada seorang sukarelawan dan seorang ahli kumpulan militan.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata, pada kejadian 2 pagi itu, pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo.

Menurutnya, kediaman itu disyaki lokasi persembunyian ahli kumpulan militan.

“Sebaik memasuki kampung, pasukan keselamatan ditembak oleh seorang lelaki.

“Kedua-dua pihak berbalas tembakan sehingga menyebabkan seorang sukarelawan dan seorang ahli kumpulan itu maut.

“Dua lagi sukarelawan parah,” kataya.

Beliau berkata, lelaki yang bersenjata di dalam rumah itu berjaya meloloskan diri.

Susulan itu, pihaknya giat memburu mereka.

Katanya, siasatan awal menunjukkan ahli kumpulan yang maut itu dikehendaki pihak berkuasa berdasarkan dua waran tangkap dikeluarkan pada 2010 dan 2011.

i