Enggan amal jarak sosial faktor utama kes meningkat

JAKARTA: Tidak berdisiplin menjaga jarak sosial dan enggan memakai pelitup muka menjadi faktor utama peningkatan kes Covid-19 di kebanyakan daerah di Indonesia.

Malah, ia juga menyebabkan lebih banyak penularan Covid-19 berlaku dalam komuniti khususnya di beberapa daerah.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto berkata, terdapat lima daerah mencatatkan peningkatan kes dengan ketara sejak beberapa minggu ini.

“Penduduk daerah ini enggan mengamalkan jarak sosial dan mengambil ringan arahan pemakaian pelitup muka menjadikan jangkitan lebih mudah merebak.

“Lima daerah yang mencatatkan peningkatan kes adalah Jawa Timur (247 kes baharu), Jakarta (196 kes), Sulawesi Selatan (103 kes) Maluku Utara (80 kes dan Jawa Tengah (78 kes).

“Ia menjadikan keseluruhan 446 bandar di 34 wilayah mencatatkan kes Covid-19 di Indonesia,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19