Enggan lockdown, kerajaan isytihar darurat

Madrid: Sepanyol mengumumkan perintah darurat selama 15 hari di Madrid susulan peningkatan kes Covid-10 di ibu negara itu.

Ia menyaksikan pihak berkuasa dapat menguatkuasakan semua sekatan pergerakan separa (partial lockdown) di bandar berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan pusat menguatkuasakan partial lockdown di sini.

Namun perintah itu ditarik balik selepas mahkamah pada Khamis lalu membenarkan permohonan pihak berkuasa tempatan Madrid yang mencabar arahan berkenaan.

Susulan keputusan berkenaan, kerajaan mengumumkan perintah darurat sekali gus memberikannya kuasa untuk menguatkuasakan semula sekatan pergerakan berkenaan.

BBC melaporkan bahawa 7,000 polis akan memantau penguatkuasaan sekatan berkenaan.

Perintah itu akan meliputi 4.5 juta orang penduduk di Madrid dan kawasan sekitarnya termasuk Fuenlabrada, Getafe and Leganés.

Madrid sebelum ini pernah dikenakan sekatan pergerakan pada Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19