Filipina arah stesen penyiaran terbesar ditutup
Manila: Kerajaan Filipina mengarahkan syarikat penyiaran terbesar negara itu, ABS-CBN berhenti beroperasi berkuat kuasa serta-merta pada Selasa, selepas lesennya tamat.
Rangkaian radio dan televisyennya, tidak dapat bersiaran mulai petang Selasa.
Ia mempunyai 11,000 pekerja.
“Arahan ini bagi mematuhi perintah injunksi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan yang tidak membenarkan ABS-CBN daripada beroperasi berkuat kuasa serta-merta,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Kongres Filipina mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen penyiaran.
Organisasi media berkenaan sebelum ini mengkritik cara Presiden Filipina Rodrigo Duterte memerangi isu dadah.
Selain itu, Duterte pernah menuduh syarikat penyiaran berkenaan enggan untuk menyiarkan kempen politiknya pada Pemilihan Presiden 2016.