Gaya Kamala Harris dapat pujian

Washington: Calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Senator Kamala Harris menarik perhatian ramai apabila memakai kasut Converse ketika membuat penampilan pada kempen di Milwaukee, Wisconsin.

Pemilihan kasut berkenaan menjadikan ahli politik berusia 55 tahun tampak lebih muda dan menarik.

Ia berbanding menggunakan kasut yang glamor.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Harris memakai kasut berkenaan.

Beliau dilihat memakai kasut sama, Chuck Taylor All Stars ketika tampil dalam beberapa penampilan kempen pemilihan naib presiden, sebelum ini.

Malah, satu video Harris keluar dari pesawat dan memakai kasut berkenaan sudah ditonton sebanyak 5.5 juta kali.

“Ia adalah perkara kecil yang memberi impak besar, dengan melihat @KamalaHarris berkempen dengan memakai Converse membuatkan saya tersenyum,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Wanita tidak dibenarkan memakai seluar di Senat sehingga tahun 1993. Kita diajar untuk menahan sakit memakai kasut tumit tinggi. Tetapi sekarang, calon (VP) naib presiden kita menggayakan sneakers,” katanya.

Harris sebelum ini diumumkan sebagai calon Naib Presiden bagi parti Demokrat dengan bergandingan sebagai Joe Biden sebagai calon Presiden.

Pemilihan rasmi presiden dijadualkan pada November ini.